Ramadan tahun ni lebih manis bersama Inside Scoop
Daripada onde-onde gergasi sampailah ke Lotus Biscoff Ice Cream Cheesecake kegemaran semua, jadikan Ramadan kali ni lain daripada yang lain. Boleh dapatkan setiap menu istimewa ini di setiap outlet untuk bawa pulang & melalui GrabFood!
ONDE CAKE
Kek Onde ini dibuat dengan aiskrim Onde-Onde serta mousse gula melaka di atas bes biskut kelapa. Sama seperti kuih Onde-onde, terdapat sos gula melaka asli di tengah dan disaluti dengan kelapa parut.
Dengan saiz hampir 80 kali ganda daripada onde-onde biasa, kek ini lebih dari cukup untuk kongsi bersama rakan-rakan & keluarga.
Hidangan 6 - 8 pax.