Inside Scoop x Calaqisya

Dapatkan cooler bag edisi terhad pada musim perayaan ini!

Aiskrim kegemaran anda - dalam gaya baharu yang memukau.

Daripada onde-onde gergasi sampailah ke Lotus Biscoff Ice Cream Cheesecake kegemaran semua, jadikan Ramadan kali ni lain daripada yang lain. Boleh dapatkan setiap menu istimewa ini di setiap outlet untuk bawa pulang & melalui GrabFood!

Aiskrim bermusim kami

YUSUF TAIYOOB KURMA

Aiskrim kurma kami diperbuat daripada Kurma Ajwa Yusuf Taiyoob, hasil kolaborasi dengan jenama kurma terkenal di Malaysia. Samada korang minat kurma ataupun tidak, pasti korang akan bisik “Yusuf Taiyoob” lepas satu suapan.

Ada untuk waktu yang terhad sahaja.

ONDE-ONDE

Diinspirasikan daripada kuih tempatan kegemaran ramai, aiskrim Onde-onde kami ialah sorbet pandan kelapa yang menyegarkan, dan dicampur dengan sos gula melaka asli.

Hidangan manis terbaik musim ini.

Kuih raya kami

ONDE CAKE

Kek Onde ini dibuat dengan aiskrim Onde-Onde serta mousse gula melaka di atas bes biskut kelapa. Sama seperti kuih Onde-onde, terdapat sos gula melaka asli di tengah dan disaluti dengan kelapa parut.

Dengan saiz hampir 80 kali ganda daripada onde-onde biasa, kek ini lebih dari cukup untuk kongsi bersama rakan-rakan & keluarga.

Hidangan 6 - 8 pax.

LOTUS BISCOFF CHEESECAKE

Pencuci mulut ini dibuat dengan aiskrim Lotus Biscoff Cheesecake, disaluti mousse salted karamel dan bes Lotus Biscoff. Kek ini dihias dengan serbuk biskut Lotus Biscoff, bersama pearl coklat dan ganache.

Hidangan 8 - 10 pax.

Hadiah percuma*

Stok terhad, disediakan selagi stok masih ada

COOLER BAG

Bawa beg ini bila anda takeaway dari kedai kami dan nikmati diskaun RM2 untuk setiap pint atau diskaun RM5 untuk setiap kek aiskrim yang dibeli. Stok terhad.

SAMPUL RAYA

Dapatkan satu set Sampul Raya (5 keping) untuk menambah manis sambutan Raya anda! Stok terhad.

* dengan setiap pembelian RM30 dan ke atas