NEXT DAY DELIVERY available before 5pm, FREE DELIVERY with minimum spend of RM180.
IS_Raya 2024_OS Banner_3840x2160-01.jpg__PID:8faa6b73-faa8-4d99-ab24-291322e8a4e7
IS_Raya Poster 2024-02.jpg__PID:d24cd777-ad6d-4004-80e7-d26081307397

Jom rasai sendiri 'Raya Delights' kami dengan penuh kenikmatan!

Teruja nak tahu 'Raya Delights' yang mana satu menjadi kegemaran Dato' Sri Siti Nurhaliza?

Memperkenalkan aiskrim Tepung Pelita yang diolah dengan kasih sayang dari kombinasi dua bahan pelengkap utama iaitu daun pandan dan santan segar berkualiti tinggi!

Padanan perisa yang menarik ini mengangkat kuih tradisional ke tahap tertinggi dan pastinya digemari pelbagai kaum.

AISKRIM BERMUSIM KAMI

IS_Ramadan Raya Digital Assets-13.jpg__PID:bb8d9d52-25d9-4c13-a95d-2e9b5b0e738e

Tepung Pelita
RM34

Setiap tahun, Tepung Pelita pasti jadi ‘kegilaan’ di bulan Ramadan. Apa kata tahun ini anda sambut Ramadan cara berbeza dengan “aiskrim Tepung Pelita" dan bukannya kuih tepung pelita?

Gabungan rasa daun pandan dan santan segar menjadikan aiskrim ini berlemak sama seperti kuih Tepung Pelita kegemaran anda!

IS_Ramadan Raya Digital Assets-14.jpg__PID:8d9d5225-d9bc-4329-9d2e-9b5b0e738ea5

Almond London
RM34

Pernah terfikir akan nikmati kerangupan biskut Almond London kegemaran anda dalam bentuk aiskrim?

Aiskrim mentega hangus yang ditaburi badam panggang di atasnya, ditambah pula dengan biskut hancur dan coklat yang fudgy sudah semestinya enak dalam setiap suapan.

IS_Ramadan Raya Digital Assets-03.jpg__PID:0589bb8d-9d52-45d9-bc13-295d2e9b5b0e

Tau Fu Fa
RM34

Anda penggemar Tau Fu Fa? Kini anda boleh nikmati taufu lembut dalam bentuk aiskrim! Sorbet tanpa tenusu ini diperbuat daripada susu kacang soya premium dan disirami dengan kemanisan gula Melaka tempatan menjadikan rasanya kekal asli.

KUIH RAYA KAMI

IS_Ramadan Raya Digital Assets-06.jpg__PID:89bb8d9d-5225-49bc-9329-5d2e9b5b0e73

Kuih Lapis
RM65

Kek aiskrim Kuih Lapis! Diperbuat daripada lapisan mousse santan yang lazat (lapisan merah jambu) dan aiskrim bertekstur lembut berasaskan susu (lapisan putih).

Manakala bahagian atas aiskrim ditaburi dengan biskut berperisa mentega. Memang pencuci mulut yang sempurna untuk dinikmati seisi keluarga!

IS_Ramadan Raya Digital Assets-08.jpg__PID:9d5225d9-bc13-495d-ae9b-5b0e738ea571

Onde Cake
RM145

Sama seperti kuih onde-onde atau turut dikenali sebagai buah Melaka, kek aiskrim Onde Inside Scoop kaya dengan limpahan gula Melaka dalam setiap suapan!

Ia diperbuat daripada aiskrim Kelapa Pandan, mousse gula Melaka masin, limpahan gula Melaka di bahagian tengah dan disalut dengan kelapa kering. Memang rugi tak cuba!